Wednesday 26 September 2012

SEJARAH SEKOLAH.........

 SMK TANJONG PUTERI

          Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong puteri pada mulanya dikenali sbg SMK kuala ketil II,mula diasaskan pada januari 1985 untuk menampung kemasukan Pelajar dari sekolah-sekolah rendah disekitar pekan kuala ketil.
          Ketika mula ditubuhakan SMKK II masih tidak mempunyai bangunan sendiri.Lantaran itu pihak pentadbiran dan pengurusan terpaksa menumpang di sekolah kebangsaan kuala ketil.Pada peringkat awal pertubuhan jumlah pelajar hanya 313 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu melayu,cina dan india.Jumlah kelas ialah 8,iaitu 4 kelas tingkatan 1 dan 4 kelas peralihan.kakitangan sekolah terdiri daripada 14 orang guru dan seorang jaga...
          Pada tahun berikutnya iaitu 1986 barulah pengurusan dan pentadbiran berjalan sepenuhnya di bangunan  SMKK II.jumlah pelajar meningkat kepada 601 orang.kakitangan sekolah pula terdiri daripada 27 orang guru,seorang kerani,seorang pembantu makmal rendah,2 orang pekerja am dan seorang jaga.
          Pada 1 Januari 2011,Sekolah Menengah kuala ketil II telah ditukar  nama menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Puteri.
Setelah bertahun-tahun beroperasi dan menjadi medan pendidikan SMK Tanjong Puteri banyak mengalami perubahan  iaitu dari aspek fizikal sekolah terutamanya kemudahan infrastruktur dan keceriaan serta dari segi pencapaian  para pelajar dalam kurikulum  dan kokurikulum.
Seorang pelajar lelaki sekolah ini pernah dianugerahi Anugerah individu Kelab Sukan Negeri Kedah(Johan pertandingan Moto Cross Negeri dan Antarabangsa) dan anugerah kecemerlangan kokurikulum Negeri Kedah 2005 dan 2006.Seorang pelajar sekolah ini juga pernah menjadi johan pertandingan Penulisan Cerpen sekolah-sekolah Menengah Wilayah Utara 2005.
Kini (2012) SMK Tanjong Puteri  telah berusia 27 tahun dan mempunyai 1530 orang pelajar,94 guru dan 14 orang staf sokongan....
         Barisan pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini sejak mula ditubuhakan sehingga kini adalah seperti berikut:-
1.En Abdullah b. Abd Samad(1 Jan 1985- 15 Dis 1987)
2. En Abdullah b. Ibrahim(16 Dis 1987-15 April 1988)
3. En Saad b. Ahmad(16 April -15 Jan 1988)
4.Tn Hj Nayan b. Bakar(16 Jan 1992-31 Ogos 1996)
5.Cik Hajah Aishah bt Said(1 Sept 1996-15 Januari 1998)
6.Tn Hj Roslan b. Said(16 Jan 1998-15 Mei 1999)
7.En Lim  Cheng  uo(16 Mei 1999-31 Ogos 2000)
8.Tn Hj Ismail b. Shaidan(1 Sept 2000-15 Mac  2005)
9.Pn Hjh Rohani bt Said(16 Mac 2005-2008)
10.Pn Naimah Ibrahim ( 2009-2010)
11.Pn Fatimah bt Shaari (2010 sehingga sekarang)



1 comment:

  1. salam. sedikit tambahan kepada sejarah..

    SMKK II memulakan sesi persekolahan di lokasi sekarang pada tahun 1987. sekolah tersebut dibina dengan kos dua juta ringgit. murid-murid sekolah ini datang dari pelbagai tempat di sekitar kuala ketil antaranga binjul, guar cempedak, tembak, charok beras termasuk juga dari kampung jerung, ladang scarbro dalam daerah kuala muda.

    (nota: saya adalah antara pelajar pertama sekolah ini. tingkatan 1 pada tahun 1985, tingkatan 3 pada 1987 dan tingkatan 5 pada 1989 (era guru besar Md Saad). namasaya ISHAK BIN SALI A2287240

    ReplyDelete